HiburanGosip

“Suara Fazura Unik & Merdu, Boleh Pergi Jauh” – Aliff Syukri

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, nyanyian pelakon dan penyanyi Nur Fazura dalam sebuah program di Indonesia menarik perhatian ramai di media sosial. Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, turut mengulas nyanyian Fazura dan memuji keunikan suara aktres tersebut.

Melalui perkongsian di Instagram, Aliff menyatakan bahawa suara Fazura sangat merdu dan memiliki potensi besar. Aliff juga berpendapat bakat nyanyian Fazura boleh berkembang lebih jauh.

Aliff kemudian mengajak Fazura untuk berduet, menyatakan bahawa bakatnya akan lebih menonjol jika mereka menyanyi bersama. “Suara awak memang sedap, Fazura. Jom kita berduet. Saya yakin kalau kita duet, bakat awak akan lebih terserlah dan kita akan meletop bersama. Awak bukan saja akan terkenal di Malaysia, tapi di seluruh dunia,” katanya.

Perkongsian Aliff mendapat pelbagai reaksi netizen, yang turut menyokong idea Aliff berduet dengan Fazura dan berharap mereka akan menghasilkan lagu raya bersama.

    Related posts
    Hiburan

    Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

    Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
    Read more
    Hiburan

    Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

    Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
    Read more
    Hiburan

    Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

    Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *