Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menerima empat kunjungan hormat termasuk dari ilmuwan dan pendakwah terkenal Amerika Syarikat (AS) yang berketurunan Palestin, Dr Omar Suleiman yang berpengkalan di Texas, AS, di Bangunan Parlimen.

Melalui hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan tersebut membincangkan isu-isu berkaitan gencatan senjata di Gaza, perkembangan terkini Islam di bawah kepimpinan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta peranan Malaysia dalam memperkukuh mesej Islam yang inklusif dan sederhana.

“Beliau turut menyampaikan penghargaan terhadap usaha Malaysia melalui platform multilateral dalam program pembangunan semula Gaza yang kini sedang digiat dirancang sebaik-baiknya,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Perdana Menteri juga menerima kunjungan hormat dari Utusan Khas Pengerusi ASEAN mengenai Myanmar, Tan Sri Othman Hashim dan telah bertukar pandangan ke arah penyelesaian konflik di Myanmar.

“Seperti saya maklumkan sebelum ini, adalah sangat mustahak bagi menjamin dan memastikan wujudnya keamanan di negara itu dengan menggunakan pendekatan yang penuh berhati-hati mengikut kesesuaian semasa.

“Blok ASEAN perlu memainkan watak penting dalam keterlibatan semua pihak bagi menyelesaikan konflik tersebut untuk menjamin keamanan serantau,” katanya.

Selain itu, Anwar juga menerima kunjungan hormat daripada bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, dan menyampaikan penghargaan serta terima kasih atas jasa dan khidmat bakti beliau semasa bersama ATM.

Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Syarikat Neutral Transmission Sdn Bhd, Mohamed Awang Lah, bersama delegasi yang membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan pemerkasaan prasarana dan industri telekomunikasi negara yang akan memberi manfaat kepada perkhidmatan internet, jalur lebar, teknologi 4G, 5G dan sebagainya.

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Laos Catat Lebih Empat Juta Pelancong Pada 2024, Peningkatan Hampir Satu Juta

Laos juga menduduki tempat keempat dalam senarai 30 Tempat Terbaik untuk dilawati pada tahun 2025…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *