HiburanUmum

Lontar Dialog Berbaur Lucah Dalam Drama, Maszlee Malik Mohon Maaf Kepada Wanita

Baru-baru ini, tular di media sosial satu potongan video dari drama bersiri Kudeta yang dimainkan oleh pelakon hebat, Vanida Imran.

Apa yang menarik perhatian adalah penampilan Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang dilihat langsung tak kaku dalam lakonan.

Namun apa yang menjadi perdebatan ramai adalah dialog yang dilontarkan begitu kasar dan lucah ketika berhadapan dengan Vanida.

Beliau dilihat dikecam teruk di media sosial terutamanya di Twitter kerana ramai yang tidak sangka seorang bekas menteri sanggup mengeluarkan dialog yang merendahkan kaum wanita.

Susulan daripada itu, Dr Maszlee dengan rendah hati telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua terutamanya kaum wanita kerana  menggunakan perkataan tidak baik sewaktu berlakon sebagai seorang perdana menteri jahat di dalam drama tersebut.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan mengapa dirinya tertarik berlakon dalam drama tersebut adalah disebabkan jalan cerita yang menarik serta memberi banyak pengajaran.

Tak hanya itu, Dr Maszlee turut berterima kasih kepada semua yang memberikan teguran kepadanya dan beliau akui kekhilafan tersebut.

Jadi, di akhir permohonan maaf itu, beliau berharap pihak penerbit dan stesen televisyen yang akan menayangkan drama bersiri Kudeta akan memotong ataupun menapis semula babak berkenaan supaya dapat ditayangkan kepada semua.

“Saya juga berharap pihak Astro boleh menapis babak tersebut demi menghormati sensitiviti ramai pihak.
Saya juga mengajak rakyat sekelian untuk menonton siri drama KUDETA di Astro yang merupakan drama Melayu yang julung kali berunsur politik, thriller dan aksi. Banyak yang boleh dipelajari selain babak lima saat yang kontroversi tersebut,” tulisnya.

Untuk rekod, Dr Maszlee merupakan Menteri Pendidikan Malaysia yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Namun begitu, pada awal 2020, beliau telah meletak jawatan beberapa bulan sebelum Perdana Menteri Ke-7 meletak jawatan.

Related posts
Umum

TAHU RANCANGAN NIKAH BASS SEJAK SYAWAL, PENGASAS HIJABISTA HUB PILIH SIMPAN RAHSIA

Pengasas Hijabista Hub, Wanie Elena, bersama suaminya, Syafiq Hilmi, mendedahkan mereka mengetahui…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *