GosipHiburan

Bella akui rumah tangganya diganggu pelakon jelita

Bella Astillah dan Wani Kayrie ketika sidang media separuh akhir Famili Duo di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Foto : HMetro

Shah Alam: Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengesahkan rumah tangganya dan pelakon Aliff Aziz diganggu orang ketiga yang didakwa membabitkan seorang pelakon drama, baru-baru ini.

Menurut Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, berkata, dia juga mula berasa ada yang tidak kena bila wanita itu kerap menghubungi suaminya setiap hari.

“Ada tujuh hingga lapan ‘missed call’ di telefon bimbit Aliff dari nombor yang sama. Pada mulanya, saya tidak tahu siapa tetapi selepas saya periksa, saya dapat tahu nombor itu adalah milik pelakon wanita terbabit.

“Saya juga menghubungi pelakon wanita terbabit dan dia juga sudah meminta maaf atas apa yang berlaku. Dia juga mengakui dirinya bodoh dan dia memang menyukai suami saya.

“Dia juga tidak berhenti menghubungi saya menerusi Whatsapp dan Direct Message (DM) dan memberitahu mahu berkawan dengan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Bella ditemui pada Sidang Media program realiti Famili Duo peringkat separuh akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, kata Bella, dia juga sudah bertanya Aliff mengenai gangguan dari orang ketiga terbabit dan dia juga mengakuinya.

“Aliff sudah banyak berubah selepas buat ‘comeback’ dalam bidang seni berbanding dulu dan kami juga sudah berbincang secara matang untuk menyelesaikan isu terbabit.

“Pada masa sama, Aliff masih terbabit dengan penggambaran bersama pelakon wanita itu dan dia juga beritahu saya boleh datang menemaninya di lokasi penggambaran bila ada kelapangan.

“Saya juga tidak mahu pisang berbuah dua kali dan kejadian dulu berulang membabitkan rumah tangga kami. Aliff juga perlu menjaga reputasinya sekarang dan saya juga sayangkan rumah tangga kami dan tidak mahu ada masalah lagi,” katanya.

Terdahulu, Bella meraih perhatian ramai apabila berkongsi beberapa ayat petikan mengenai perempuan murahan di Instastory miliknya seolah-olah memberi bayangan rumah tangganya ada gangguan orang ketiga.

Bella juga turut memuat naik sekeping foto dirinya mengakui tidak boleh bersikap toleransi pada wanita yang suka mendekati lelaki yang sudah berpunya.

Sumber : HMetro

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *