Umum

Tempahan Axia baru 2023 sudah dibuka. Harga dijangka antara RM38-49k

Perodua Axia Baru 2023 datang dengan reka bentuk baru yang lebih menawan

Perodua akhirnya mengumumkan tempahan Perodua Axia baru 2023 telah dibuka untuk tempahan. Selepas berbulan spekulasi mengenai model D74A 2023 Perodua Axia keluar dengan naik taraf dan reka bentuk keseluruhan yang baru.

Harga baru yang dianggarkan adalah antara RM38,000 ke RM49000 mengikut varian

Varian yang bakal tersedia mungkin akan mengikut varian seperti G, X, SE dan AV.

Harga Axia G mungkin bermula pada harga RM38,600, Axia X pada harga Rm40,000, Axia SE pada harga RM44,000 dan Axia SE pada harga RM49,500. Kenaikan 15% dari harga Perodua Axia model sebelum ini. Namun naik traf lebih baik kepada model ini menyebabkan harga itu tidak mengejutkan.

Enjin sama, kotak gear berbeza

Perodua Axia 2023 akan dikuasakan dengan enjin 1.0 liter EEV menggunakan kotak gear D-CVT baru bagi semua varian. Dengan kotak gear baru ini berkemungkinan Axia 2023 tidak akan memecut laju di lebuhraya seperti model dahulu yang “tekan-tekan pergi”.

Walaubagaimanapun, transmisi Axia baru telah berubah dengan kotak gear D-CVT yang baru ini seperti mana yang tedapat pada Perodua Ativa yang dilancarkan pada tahun 2021. Tiada lagi 4-kelajuan automatik pada Axia dan jarak pemanduan per liter boleh sampai sehingga 25.3km/l pada varian G dan X, sementara pada varian SE dan AV jaraknya boleh sampai 27.4km/l dengan sistem “Eco Idle”.

Perodua Smart Assist pada semua varian?

Perodua Axia 2023 akan dilengkapi dengan Perodua SMart Assist yang datang dengan :

  • Enam beg udara
  • ABS dengan EBD & BA
  • Vehicle Stability Control (VSC)
  • Hill-start Assist (HSA)
  • Traction Control (TRC)
  • Solar & Security Window Film (SE & AV variants)

Ciri-ciri lain adalah lampu LED dengan DRLs (Lampu LED bagi model X, SE dan AV sementara DRLS hanya dilengkapkan kepada model SE dan AV dan model G akan menggunakan lampu halogens)

Ciri-ciri menarik yang terbesar adalah Perodua Axia ini akan dilengkapi dengan kerusi semi-bucket separa kulit, skrin multi-info berukuran 7 inci dan juga 9 inci skrin audio.

Bagi sesiapa yang berminat mendapatkan model Perodua Axia 2023 ianya akan didatangan dengan warna standard Perodua iaitu : Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver, Ivory White dan warna terbaru Coral Blue.

Related posts
Umum

TAHU RANCANGAN NIKAH BASS SEJAK SYAWAL, PENGASAS HIJABISTA HUB PILIH SIMPAN RAHSIA

Pengasas Hijabista Hub, Wanie Elena, bersama suaminya, Syafiq Hilmi, mendedahkan mereka mengetahui…
Read more
Umum

WANITA PELAWA NORA DANISH JADI MADU, AKTRES DOAKAN SUAMINYA KEKAL SETIA

Aktres Nora Danish berkongsi mesej peribadi daripada seorang wanita yang mempelawanya menjadi isteri…
Read more
Umum

RUL AZHAR JUARA BINTANG P. RAMLEE 2026, BAWA PULANG RM20,000

– Foto Bernama – Rul Azhar, atau nama sebenarnya Mohamad Faqhrul Azhar Mohamad…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *