K-POPGosipHiburan

Park Seo Joon & Kim Soo Yoon Sedanga Hangat Bercinta? Para Gadis Mula Tak Keruan!

Polis Tangkap Dua Lelaki Pukul Pekerja Kedai Serbaneka

Pelakon kacak Korea Selatan iaitu Park Seo Joon dikhabarkan sedang hangat menjalinkan hubungan bersama seorang Youtuber dan penyanyi, Kim Soo Yeon atau lebih dikenali dengan nama xooos.

Park Seo Joon bercinta?

Memetik laporan Allkpop, kedua-dua selebriti ini dikatakan mula berkenalan selepas dipertemukan oleh rakan terdekat masing-masing. Selepas itu, timbul pula dakwaan mengatakan mereka sedang dilamun cinta memandangkan kerap bertemu termasuklah melakukan hobi dan bersenam bersama-sama.

Khabar angin tersebut semakin hangat diperkatakan selepas ada pihak berkongsi gambar pasangan itu di laman komuniti, semalam.

Susulan daripada itu, agensi pelakon berusia 34 tahun ini iaitu Awesome ENT enggan memberi pengesahan berhubung khabar angin tersebut kerana perihal itu membabitkan kehidupan peribadinya.

Sulit untuk disahkan kebenaran berkaitan kehidupan peribadi artis kami. Minta maaf sangat. Minta jasa baik untuk semua memahami situasi.

Jawapan yang sama turut diberikan oleh agensi Soo Yeon iaitu WAVY. Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua selebriti tersebut.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *