
Meskipun merupakan siri dari Amerika Syarikat namun “The Idol” turut menjadi topik perbualan hangat di Korea kerana ia dibintangi oleh ahli BLACKPINK iaitu Jennie.
Dalam drama 6 episod itu, Jennie membawa watak sebagai Dyanne iaitu penari latar watak Joanne yang dilakonkan oleh Lily-Rose Depp. Walaupun hanya muncul beberapa saat pada saban episod, namun babak yang melibatkan wanita itu sentiasa tular di serata media sosial
Namun ianya disebut semua bukan kerana sebab yang positif, tetapi dek kandungan yang terlalu lucah dan menggunakan wanita sebagai objek sahaja hingga mengundangkan rasa jelek penonton.

Kalau korang nak tahu, “The Idol” membawa kisah cerita di belakang tabir dunia hiburan Amerika Syarikat yang tidak ditayangkan pada umum.
Mungkin kerana dikecam ramai, sepertinya Jennie dilihat tidak mempromosikan drama itu di media sosial miliknya malah hanya dilihat bersama pelakon lain siri itu semasa mereka menghadiri jemputan di Festival Filem Cannes.
Disebabkan itu, ada yang tertanya-tanya sama ada ahli BLACKPINK itu memilih untuk tidak ‘menghangatkan’ lagi suasana dengan mempromosikan siri penuh kontroversi itu.