Viral

Tular Rakaman Ambulans Terbalik Bertembung Dengan Audi Di Putrajaya

Tular satu rakaman yang menunjukkan sebuah ambulans terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta mewah Audi TT FSI Auto di Putrajaya

Menerusi hantaran dibuat di platform X itu, kejadian yang melibatkan ambulans membawa pesakit itu berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada Khamis, kira-kira 11.45 malam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika kejadian kereta berkenaan dalam perjalanan dari Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra.

Menurutnya lagi, kereta tersebut melalui simpang empat lampu isyarat Lebuh Bestari menghala Persiaran Perdana.

Ketika kereta tersebut sedang meneruskan perjalanan, lampu isyarat berkenaan masih berwarna hijau. Selepas itu, sebuah ambulans kemudian tiba dari simpang kanan dengan memberi isyarat siren dan hon kecemasan.

“Kereta tersebut yang berada di lorong tengah dipercayai telah hilang kawalan dan tidak sempat membrek dan melanggar ambulans di bahagian kiri.

“Akibat kemalangan itu, ambulans tersebut terbalik di atas jalan raya, manakala mereka yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan,” kata beliau seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ujarnya lagi, ambulans berkenaan ketika itu sedang membawa pesakit dan menghala ke Hospital Putrajaya.

Dalam pada itu, kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Polis juga dalam proses membuat permohonan rakaman kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian untuk tujuan siasatan lanjut.

Pada masa yang sama, orang awam yang berada di situ ketika kejadian berlaku dan mempunyai maklumat diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

Menurut Asmadi, kes kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Related posts
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *