Trivia

Rupa-Rupanya Kucing Mempunyai 276 Ekspresi Wajah Berbeza – Kajian

Gambar via Anadolu Ajansi

Telinga diratakan, anak mata mengecut, menjilat bibir. Jika anda pernah tertanya-tanya sama ada muka berbulu kucing anda bercakap sesuatu setiap kali mereka berkumpul, ada kemungkinan yang mereka memang sedang berkomunikasi.

Menurut kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Behavioural Processes bulan lalu, dua saintis Amerika Syarikat telah mengira 276 ekspresi wajah berbeza apabila seekor kucing domestik berinteraksi antara satu sama lain.

“Kajian kami menunjukkan bahawa komunikasi kucing adalah lebih kompleks daripada yang diandaikan sebelum ini,” pengarang kajian bersama Brittany Florkiewicz, ahli psikologi evolusi di Lyon College di Arkansas, memberitahu CNN pada Rabu.

Dia juga menambah bahawa penemuan mereka mencadangkan bahawa penjinakan mempunyai kesan yang ketara terhadap isyarat muka yang ditampilkan kucing.

Florkiewicz menjelaskan bahawa kucing peliharaan biasanya lebih bertolak ansur secara sosial daripada kucing liar mereka kerana cara hidupnya yang berdekatan dengan manusia.

Jadi para penyelidik menjangkakan untuk melihat ekspresi dalam konteks positif dan negatif, tetapi mereka terkejut untuk “memerhatikan 276 morfologi ekspresi muka yang berbeza.”

Menurut Florkiewicz dan pengarang utama Lauren Scott, seorang pelajar perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Kansas yang mempunyai minat peribadi terhadap kucing, katanya penjinakan membolehkan lebih banyak interaksi sosial kucing-ke-kucing.

Itulah sebabnya mereka percaya kucing-kucing itu akan menunjukkan lebih banyak ekspresi.

Untuk mengumpul data, Scott telah merakam 53 ekor kucing di sebuah cafe kucing tempatan semasa kedua-duanya berada di Universiti California, Los Angeles antara Ogos 2021 dan Jun 2022.

Daripada 194 minit rakaman video yang dikumpulkan, dia merekodkan 186 interaksi kucing. Kucing-kucing itu adalah baka shorthair domestik dewasa kedua-dua jantina, semuanya dikembiri atau dimandulkan.

Kedua-dua penyelidik menilai perbezaan dalam ekspresi dengan sistem pengekodan yang direka khusus untuk kucing, dipanggil Sistem Pengekodan Tindakan Muka kucing dan melihat bilangan serta jenis pergerakan otot muka.

Kajian itu menambah bahawa pergerakan otot yang berkaitan dengan proses biologi seperti pernafasan dan menguap tidak disertakan.

Ekspresi Wajah Kucing

Walaupun mereka tidak dapat mengaitkan makna pada setiap ekspresi yang mereka rakamkan, Florkiewicz dan Scott mendapati bahawa 45.7 peratus daripada eskpresi berkod adalah mesra, manakala 37 peratus adalah agresif.

Kajian itu menyatakan ekspresi mesra ditunjukkan apabila telinga dan misai bergerak ke hadapan sambil mata tertutup.

Manakala seekor kucing yang agresif akan mengecutkan anak mata, telinga meleper pada kepala dan meleret lidah pada bibir.

“Harapan kami adalah untuk mengembangkan saiz sampel kami untuk memasukkan kucing yang tinggal di lokasi lain.

“Melihat pada ekspresi muka kucing yang tinggal di rumah yang banyak kucing, koloni liar dan sebagainya,” kata Florkiewicz.

Dia juga menambah, bahawa satu lagi matlamat untuk masa hadapan adalah untuk menjalankan kajian susulan untuk menentukan apa lagi maksud ekspresi tersebut.

Related posts
Trivia

Si Comel Kegemaran Ramai, Ini Fakta Menarik Memerang

Gambar via Wikipedia Kebanyakan warganet memang menyukai haiwan-haiwan yang comel seperti kucing…
Read more
TriviaViral

Penghijrahan Cacing Di Permukaan Tanah Normal, Tindak Balas Terhadap Alam Sekitar - Pakar

Kredit: AFP Kemunculan cacing di permukaan tanah yang dikesan di Kampung Merang dekat sini…
Read more
TriviaViral

Selalu Tumbuh Di Kawasan Semak, Inilah Khasiat Belimbing Tanah

Gambar via Abang Salai Kebanyakan orang ramai yang mengenali buah belimbing. Ia antara buah yang…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *