
Uqasha berbadan dua?
Terbaharu, tular satu video memaparkan Uqasha dan Kamal berjumpa dengan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta terletak di Kajang.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pasangan pelakon itu seakan sedang mendapatkan konsultasi daripada doktor berkenaan.
Lebih menimbulkan tanda tanya ialah kapsyen yang ditulis doktor tersebut seakan memberi bayangan mengatakan Uqasha kini sedang berbadan dua.
Selamat datang Kamal dan Uqasha, selamat menjadi ibu bapa.
Perkongsian itu sudah tentunya mencuri perhatian wargamaya yang tertanya-tanya mengenai posting tersebut.
Namun begitu, sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat pelakon drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ itu mengenai spekulasi tersebut.
Respon netizen

Sumber: TikTok