HiburanUmum

Penyanyi M Daud Kilau Meninggal Dunia

Kredit: Mstar

Penyanyi, Datuk M Daud Kilau dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, Perak pada Isnin.

Berita pemergian Allahyarham M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Bin Kilau disahkan oleh anak lelakinya iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, 52.  Zaini memaklumkan bapanya, 85, telah dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu.

Ayah saya memang ada penyakit diabestes, darah tinggi dan jantung. Dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini sebab kesihatannya tidak stabil.

Sejak tiga hari lalu keadaannya semakin teruk dan asyik meracau. Masalah kencing manis juga semakin merebak.

Tambah Zaini, pembedahan memotong kedua-dua kaki bapanya tidak dapat diteruskan memandangkan tekanan darahnya yang tidak stabil.

Sepatutnya hari ini (Isnin) nak potong kedua-dua belah kaki sebab masalah diabetes. Tapi apabila doktor bius periksa, ia tidak boleh dilakukan sebab tekanan darah tidak stabil.

Ini kali ketiga pembedahan ditangguhkan sebab masalah sama.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor, Selasa.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Umum

CENDERAHATI RESEPSI SYED SADDIQ DAN BELLA DITAWARKAN RM350, NETIZEN BERI PELBAGAI REAKSI

Cenderahati yang didakwa daripada majlis perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah menjadi…
Read more
Umum

TAHU RANCANGAN NIKAH BASS SEJAK SYAWAL, PENGASAS HIJABISTA HUB PILIH SIMPAN RAHSIA

Pengasas Hijabista Hub, Wanie Elena, bersama suaminya, Syafiq Hilmi, mendedahkan mereka mengetahui…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *