VideoViral

Pelajar Universiti Tempatan Tayang Kereta Lamborghini Sekadar Promosi – ‘Saya Bukan Flexing’

Seorang pempengaruh yang merupakan pelajar universiti tempatan iaitu Nadzirah Ridzuan dikecam warganet selepas didakwa menayang kereta mewah jenama Lamborghini

Enggan membiarkan diri terus dikutuk, Nadzirah tampil memberi penjelasan di TikTok miliknya. Video itu dimuat naik semula di aplikasi X oleh pengguna media sosial.

Tegas Nadzirah, kereta ‘supercar’ itu bukan miliknya, hanya sekadar menjalankan tuntutan kerja untuk membuat promosi barangan mewah.

Saya buat kolaborasi, semua yang saya buat adalah benda yang saya nak promosi.

Apa yang saya makan, tempat hotel mana saya pergi, barang berjenama apa yang saya beli, semua itu saya jual.

Ya, saya memang pelajar sepenuh masa universiti tersebut. Kereta mewah itu kolaborasi untuk promosi syarikat tersebut. Kemudian, makanan saya pun ditaja, cumanya saya satukan semuanya menjadi video gaya hidup.

Dalam pada itu, Nadzirah menafikan tuduhan dia sengaja ‘flex’ kekayaan kepada orang ramai.

Saya bukan flexing. Dah berapa kali saya cakap! Saya buat kolaborasi, bisnes dan apa yang saya kongsikan, itu untuk promosi.

Sumber: X
Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *