K-POPGlobal

Sekolah Menengah K-Pop Dibuka Di Busan Pada 2028

Gambar: AFP

Sebuah sekolah menengah yang khusus dalam mendidik pelajar mengenai K-pop dan persembahan berkaitan akan dibuka di Busan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa pendidikan tempatan pada Ahad.

Pejabat Pendidikan Bandaraya Metropolitan Busan berkata sebuah sekolah menengah yang bakal ditutup tidak lama lagi akan diubah suai menjadi sekolah menengah awam khusus dan dijadual dibuka pada Mac 2028.

Sekolah yang terletak di Busan, kira-kira 320 kilometer tenggara Seoul itu akan menjadi sekolah awam pertama dengan pengkhususan K-pop.

Pelajar di seluruh negara serta penuntut antarabangsa layak mendaftar di sekolah terbabit dan sekolah itu bakal menyediakan pelajaran mengenai vokal, tarian dan instrumen serta kesenian lain.

Pembinaan sekolah itu bertujuan menyediakan pembelajaran khusus untuk pelajar sejajar dengan industri K-pop yang semakin berkembang, menurut pejabat itu.

Di Korea Selatan, agensi hiburan utama mengendalikan sistem latihan idola K-pop yang terkenal dengan kem latihan dan proses sistematik yang ketat untuk debut artis baharu.

Related posts
SukanGlobal

KIM KARDASHIAN CURI PERHATIAN DI F1 SINGAPURA, HADIR SOKONG LEWIS HAMILTON

– Reuters – Selebriti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian, menjadi perhatian…
Read more
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *