
Melalui hantaran di Instagram Story, Farra mengemukakan pertanyaan tentang kesahihannya dalam tindakan yang dilakukan oleh individu yang sanggup menganggap anak mereka, Airiel Qashaf sebagai haiwan. Farra menyatakan bahawa tidak ada seorang ibu pun yang rela melihat anak mereka dihina selepas menghadapi risiko besar ketika melahirkan cahaya mata.
“Ramai rupanya netizen bercita-cita nak jadi ustaz dengan ustazah. Sebab itu ramai yang berceramah. Yang korang bising sangat fasal isu melutut itu, apalah sangat melutut dengan apa yang pernah dia cakap dekat anak aku. Aku nak satu benda je dekat korang, cuba letak tempat korang dekat tempat aku sekarang. Aku berjuang sehabis daya sampai nak putus nyawa beranak, bukan senang tau. Tak sampai 40 hari, senang-senang nak dajalkan anak aku. Cakap anak muka hisap batu, muka macam babi. Ibu mana boleh tahan, mana aku nak cari kesabaran aku. Setinggi mana iman kau. Kau boleh sabar macam mana kalau orang cakap anak kau macam itu. Masih dalam pantang lagi tau. Salah ke kalau aku minta melutut?”
Dalam hantaran lain pada entri yang sama, Farra menyatakan bahawa setiap individu memiliki tahap kesabaran yang berbeza.
“Aku manusia, sabar aku ada limit. Cukup baik dah melutut, ikut baran aku takut tertinggal gigi dekat KL. Maaf ya kalau bahasa aku agak kasar. Bagi aku bertenang.“
Seorang lelaki bernama Irfan telah dibawa untuk bertemu isteri Caprice, Farra Inalis dan memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata hinaan kepada anak mereka. Dalam rakaman yang dikongsikan di Instagram, Farra kelihatan sedikit emosional sebelum meminta individu tersebut melutut di hadapannya. Walaupun begitu, tindakan Farra telah mendapat kritikan dari beberapa wargamaya yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Untuk makluman, Caprice dan Farra berkahwin pada November 2022 dan memiliki seorang anak, Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac tahun lalu. Farra juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea dari perkahwinan terdahulu.