
Dalam satu temu bual bersama radio Era FM, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mengungkapkan rasa syukur dan penghargaan kepada ibunya atas segala pengorbanannya dalam membesarkan dia dan adik-beradiknya.
“Kak” Long berterima kasih yang tidak terhingga kerana pengorbanan mama terlalu banyak. Kak long tak akan dapat balas. Daripada kita tinggal di Sabah, mama cari duit untuk keluarga. Bila pindah ke KL, mama jaga kami dengan baik. Mama bagi kami sekolah sampailah kak long kahwin. Sepatutnya kak long sambung belajar tapi kak long nak kahwin, mama tak pernah marah. Marah turutkan saja janji kak long bahagia.”
Mereka berdua yang tidak dapat menahan kesedihan kelihatan telah menitiskan air mata. Pada masa yang sama, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz juga meminta maaf kepada ibunya atas segala kesilapan dan keterlanjuran dalam berkata-kata.
“Tapi sekarang sudah tiba masanya kak long pula yang bagi mama bahagia. Kak long minta maaf kalau pernah tercakap kasar, tertinggi suara atau tak sengara bagi mama terasa. Apaa pun mama bersyukur sebab. dapat mama yang baik, sporting dan ikhlas. Mama tak pernah mengeluh penat sehingga kini kak long dah ada anak dua pun, mama masih bersama kak long. Mama sentiasa ada.”
Melihat komen-komen dalam ruangan, kebanyakan warga maya menyatakan bahawa mereka juga terharu menyaksikan momen dua beradik tersebut. Mereka juga memuji kekuatan dan ketabahan Bella dalam menghadapi cabaran hidup.