

Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), telah membuat kunjungan hormat dan mengadakan sesi perbincangan dua hala dengan Victoria Pullen, Pengarah Home Office International Intelligence and Operation, di Pejabat Home Office, Westminster, United Kingdom.
Tujuan program ini adalah untuk mempererat hubungan dan kerjasama antara kedua agensi, mempelajari pelaksanaan Electronic Travel Authorisation (ETA), serta membincangkan isu-isu berkaitan dengan pemalsuan dokumen pasport dan penyamaran.

Perbincangan juga merangkumi isu-isu migrasi dan sempadan, pasport, pengusiran, jenayah antarabangsa, penyeludupan, dan pemerdagangan manusia. Selepas itu, delegasi membuat kunjungan hormat ke Pejabat Perwakilan Malaysia di London yang disambut oleh En. Ahmad Musawwir bin Azuddin, Atase Imigresen London, dan pegawai-pegawai Imigresen.
Turut hadir adalah Datu Ken anak Laben, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dr. Hebat Hisham bin Mohd Yusoff, Timbalan Setiausaha Bahagian Imigresen, En. Mohd Russaini bin Idrus, Pengarah Bahagian Pasport dan Keselamatan JIM, En. Mohd Jasmi bin Mohd Juwahir, Pengarah Bahagian Penguatkuasa JIM, dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Perolehan, KDN, dan Bahagian Pasport dan Keselamatan, JIM.

#KeselamatanTanggungjawabBersama #KementerianDalamNegeri #MalaysiaMadani #KDNMadani
Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri