Umum

XII INTERNATIONAL MEETING OF HIGH-LEVEL OFFICIALS RESPONSIBLE FOR SECURITY MATTERS EXPOFORUM CONGRESS CENTRE, SAINT PETERSBURG, RUSIA

YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Malaysia, dan delegasi telah menghadiri XII International Meeting of High-Level Officials Responsible for Security Matters yang diadakan di EXPOFORUM Congress Centre, Saint Petersburg, Rusia. Mesyuarat yang dianjurkan oleh Kerajaan Rusia ini merupakan platform untuk membincangkan isu-isu antarabangsa, serantau, dan strategik dari aspek keselamatan yang melibatkan 106 negara.

Mesyuarat ini memfokuskan kepada usaha mengekalkan kestabilan hubungan dan kerjasama pada peringkat global melalui pendekatan persahabatan tanpa tekanan politik. YBhg. Datuk Ketua Setiausaha telah menyampaikan kenyataan negara dalam Sesi Perundingan ASEAN-Rusia mengenai Isu Keselamatan. Selain itu, beliau juga memberikan kenyataan dalam sesi plenari untuk Agenda I yang bertemakan “Memastikan Keselamatan Maklumat dalam Pembentukan Susunan Dunia Polisentris: Cabaran dan Peluang”.

Sebagai sebahagian daripada program, beliau turut menghadiri upacara memperingati Pengepungan Leningrad (1941–1944) di Piskaryovskoye Memorial Cemetery. Acara tersebut disusuli dengan majlis makan malam gala di Tauride Palace. Delegasi dari Kementerian Dalam Negeri yang turut hadir termasuk pegawai-pegawai dari Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam serta Bahagian Hal Ehwal Imigresen.

Mesyuarat ini memberi peluang kepada para pegawai tinggi untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu keselamatan global dan memperkukuh hubungan kerjasama antara negara-negara yang terlibat.

Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *