Hiburan

Shah Rukh Khan Alami Strok Haba dan Dehidrasi, Dikejarkan ke Hospital Ahmedabad

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan, 59 tahun telah dibawa ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India kerana mengalami strok haba dan dehidrasi semalam.

Dikatakan bahawa bintang filem Kuch Kuch Hota Hai itu berada di Ahmedabad untuk menonton perlawanan kriket Indian Premier League (IPL) antara pasukan Kolkata Knight Riders (KKR) dan Sunrisers Hyderabad (SRH), bersama-sama anak-anaknya, Suhana dan Abram.

Selepas perlawanan, Shah Rukh Khan tiba di Hotel Narmada tetapi keadaannya semakin teruk pada hari berikutnya sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Shah Rukh Khan mengalami strok haba dan dehidrasi disebabkan oleh cuaca panas yang sangat ekstrem di Ahmedabad, di mana suhu mencapai 45.2 darjah Celsius pada Selasa lepas dan 45.9 darjah Celsius pada hari berikutnya.

Walau bagaimanapun, keadaan aktor tersebut dilaporkan semakin stabil.

Maklumat tersebut disampaikan oleh rakan artis yang juga pelakon terkenal India, Juhi Chawla.

“Shah Rukh Khan tidak berapa sihat kelmarin, selepas beliau dirawat kini keadaannya sangat baik.

“Beliau juga nanti akan turun menyaksikan perlawanan akhir kriket yang dijadualkan pada 26 Mei ini, yang pastinya akan menceriakan pasukan,” katanya kepada News18.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *