
Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak di Brazil berubah menjadi tragedi apabila diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata minggu lalu.
Video yang viral di media sosial menunjukkan suasana kegembiraan semasa keluarga dan rakan Heitor Moreira merayakan ulang tahun kesembilannya sebelum tiga lelaki melepaskan tembakan di kediaman mereka di bandar Vespasiano.
Serangan mengejutkan ini juga mengakibatkan kematian bapanya, Felipe Moreira, 26 tahun dan sepupunya, Layza de Oliveira, 11 tahun.
“Heitor juga terkena empat das tembakan dan dia kini sudah berada dalam keadaan stabil. Lima mangsa disahkan cedera dalam kejadian itu dan dikejarkan ke Hospital Risole Neves.
“Salah seorang suspek turut mengalami kecederaan. Pihak berkuasa sedang giat memburu dua lagi suspek,” ujar jurucakap Polis Tentera Minas Gerais.
Pada masa yang sama, neneknya, Izaltina Moreira, menceritakan bahawa semua penyerang tiba di hadapan rumah mereka menggunakan kereta dan melepaskan tembakan secara rambang.