Tempatan

Siasatan Dilancarkan Berhubung Kejadian Pasangan Menunggang Skuter Elektrik di Jalan Awam

Tangkap layar rakaman video memaparkan pasangan yang menaiki skuter elektrik di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Gambar: Sinar Harian

Polis sedang menyiasat insiden di mana dua individu dilihat menunggang skuter elektrik di Jalan Bukit Bintang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, video tular itu dikesan pihaknya pada Isnin.

“Siasatan awal mendapati, perbuatan pasangan tersebut yang menunggang skuter elektrik di jalan awam boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau pengguna jalan raya yang lain.

“Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima daripada mana-mana pihak atau saksi yang boleh mengesahkan tarikh dan masa sebenar kejadian tersebut,” katanya.

Beliau berkata, identiti pasangan terbabit juga masih dalam tindakan untuk dikenal pasti.

Tambahnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes diklasifikasi di bawah 3(1) P U (A) 453/2021.

Menerusi rakaman berdurasi 15 saat itu, kelihatan dua individu dipercayai warga asing menaiki skuter elektrik di laluan kenderaan dengan cuba melintas ke lorong lain.

Sumber: Sinar Harian

Related posts
Tempatan

Harga Lantai Padi Baharu Dijangka Ringankan Beban Pesawah

Pesawah di negeri Kedah berharap pengumuman harga lantai belian padi baharu minggu depan akan…
Read more
Tempatan

Laluan Ke Taman Negara Niah Terputus Akibat Banjir

Tinjauan menunjukkan air naik antara 50cm hingga dua meter di pintu masuk Gua Niah menyebabkan…
Read more
Tempatan

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi Selama Dua Hari

Pesawat yang membawa Presiden Shavkat Mirziyoyev dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *