Hiburan

Fitri Haris Menerima Permintaan Pinjaman Wang daripada ‘Azadan’ melalui WhatsApp, Ternyata Penipu

Fitri Haris (kiri), Azadan Rabbani.

Dr. Fitri Haris seorang penyanyi, usahawan dan pensyarah, terkejut apabila wang yang dipercayai diberikan kepada ahli kumpulan Rabbani, Azadan ternyata adalah penipu.

Fitri atau nama penuhnya Mohamad Fitri Mohamad Haris, 40 tahun, mendapat mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor yang dipercayai milik Azadan yang meminta pinjaman wang sebanyak RM2,000.

“Saya dapat mesej daripada abang Azadan di WhatsApp dan beritahu ingin meminjam duit kerana gagal membuat transaksi akibat sudah melebihi had.

“Disebabkan kami sudah biasa menganjurkan majlis, saya faham keadaannya. Jadi tanpa berfikir panjang, saya terus buat pemindahan wang,” katanya menerusi satu perkongsian video di TikTok pada Ahad.

Tambah Fitri, beliau mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila ‘Azadan’ sekali lagi meminta wang tambahan sebanyak RM3,000.

“Selepas RM2,000, kemudian dia meminta lagi untuk pinjamkan wang sebayank RM3,000. Ketika itu saya mula mengesyaki ada yang tidak kena.

“Saya terus hubungi abang Azadan dan beliau maklumkan nombornya sudah digodam sejak Maghrib tadi (Ahad),” jelasnya.

Tidak hanya berdiam diri, Fitri merancang untuk membuat laporan polis terhadap pemilik akaun bank bernama Lugiana Connie Anak.

Malah pelatun Wahai Kekasihku itu turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hari dalam membuat transaksi selepas ini.

“Insya-ALLAH saya akan pergi membuat laporan polis, tetapi saya tidak yakin untuk mendapatkan semula duit itu.

“Selepas ini jika ada yang mesej melalui WhatsApp dan urusan penting, seeloknya kita telefon dulu untuk pengesahan,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian Azadan Instagram Stories, dia telah membuat laporan mengenai insiden terbabit.

“Saya di balai polis sekarang untuk buat laporan bahawa WhatsApp saya telah digodam. Kawan-kawan tolong sampaikan kepada kenalan yang mengenali saya, risau masing-masing kena scam nanti,” katanya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *