Hiburan

Pelakon Azlee Jaafar Terima Sumbangan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim Selepas Serangan Jantung

Sumbangan itu diberikan melalui kunjungan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, yang mengunjungi kediaman Azlee pada hari Selasa. Gambar: Facebook Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Azlee Jaafar yang sebelum ini mengalami serangan jantung.

Dalam hantaran di laman Facebook, Anwar menyatakan bahawa sumbangan itu dihulurkan melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Azlee di kediamannya pada hari Selasa.

“Sebelum ini, beliau menerima rawatan di Institut Jantung Negara selepas mengalami serangan jantung di rumahnya.

“Alhamdulillah beliau telah dibenarkan pulang dan kesihatannya bertambah baik. Saudara Farhan turut sampai sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga,” katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Azlee diberi kesihatan yang baik untuk terus berkarya.

Sumber: BERNAMA

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *