Hiburan

Jin BTS Selesai Perkhidmatan Ketenteraan, Peminat K-pop Dunia Menantikan Kembalinya

Jin telah selesai menjalani perkhidmatan ketenteraan wajib selama 18 bulan di Korea Selatan pada Rabu.

Jin anggota tertua BTS telah menyelesaikan perkhidmatan ketenteraan wajibnya selama 18 bulan di Korea Selatan pada Rabu.

Peminat-peminat dari seluruh dunia dengan tak sabar menantikan kembalinya bintang K-pop tersebut ke dalam dunia muzik, lapor Agensi Berita Yonhap.

Penyanyi itu keluar dari kawasan Divisyen Infantri Tentera Darat Ke-5 di Yeoncheon, 61 kilometer utara Seoul kira-kira jam 9 pagi dan disambut oleh anggota kumpulannya.

Sepanjang perkhidmatannya, Jin bertugas sebagai pembantu jurulatih di pusat latihan rekrut Tentera Darat.

Selepas memberi tabik hormat di hadapan pintu utama, Jin menerima sejambak bunga dan dirakam tersenyum lebar ketika bertemu semula dengan lima anggota kumpulannya — J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook.

RM meraikan pelepasan Jin dengan persembahan saksofon daripada lagu hit BTS ‘Dynamite.’

Anggota BTS yang semuanya sedang menjalani latihan ketenteraan dilaporkan mengambil cuti untuk berkumpul di Seoul bagi sambutan secara tertutup. Bagaimanapun, Suga tidak hadir.

Jin melambai kepada media yang berkumpul dan berkata, “Hai, ARMY!” merujuk kepada peminat global BTS. Dia kemudian beredar dengan minivan hitam.

Peminat tidak hadir kerana agensi kumpulan itu, BigHit Music telah meminta mereka untuk tidak mengunjungi tempat kejadian bagi mengelakkan masalah kesesakan.

Sepanduk dan belon besar dengan mesej daripada peminat kelihatan berhampiran jalan menuju ke kawasan kem tentera.

Jin dari BTS dijadualkan untuk memberi pelukan kepada pemenang acara cabutan bertuah di BTS FESTA tahun ini di Kompleks Sukan Seoul pada hari Khamis.

Dengan selesainya perkhidmatannya, Jin menjadi anggota pertama daripada tujuh anggota BTS yang menamatkan perkhidmatan ketenteraan mereka.

Selepas Jin, J-Hope dijangkakan akan dilepaskan dari tugas ketenteraan pada bulan Oktober.

Sumber: BERNAMA/Yonhap

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *