Global

Serangan Israel di Gaza: Lebih 37,000 Terkorban dan Ribuan Cedera Dilaporkan

Rakyat Palestin yang cedera diberi rawatan di atas lantai hospital di Gaza. Gambar: Reuters

Pada Khamis, jumlah korban warga Palestin akibat serangan kejam Israel terhadap Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 37,232 orang mengikut pengesahan dari sumber perubatan.

Sumber berkata sekurang-kurangnya 85,037 yang lain cedera dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Sekurang-kurangnya 30 orang telah terbunuh dan 105 lainnya cedera dalam serangan Israel yang berlaku 24 jam yang lalu.

Menurut sumber, terdapat banyak lagi yang terperangkap di bawah reruntuhan dan di atas jalan, kerana pasukan penyelamat masih belum dapat sampai kepada mereka.

Sumber: BERNAMA

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *