Hiburan

Filem Aksi Malaysia, ‘The Experts’, Ke Festival Filem Antarabangsa Shanghai

The Experts melakar pencapaian membanggakan apabila dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai.

Filem aksi terbaru hasil kerjasama Astro Shaw, ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts mencatat pencapaian cemerlang dengan dipilih untuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang berlangsung dari 14 hingga 23 Jun.

Filem ini akan disertakan dalam segmen ‘The Belt and Road Film Week’ dan akan dipertontonkan di pelbagai lokasi termasuk Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo dan Hefei, China.

The Experts menjadi antara filem pilihan untuk segmen tersebut, sebaris dengan filem-filem dari luar antaranya Sima’s Unfinished Narration dari Iran, Pictures of Ghost (Brazil), Matryoshka (Jerman), Children of the Sea (Jepun) dan Nasty (Itali).

Menurut Penerbit Eksekutif The Experts dan juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya berbesar hati dan teruja untuk mempersembahkan filem yang mewakili Malaysia di pentas berprestij seperti Festival Filem Antarabangsa Shanghai.

“Pencapaian ini mengukuhkan maklum balas penonton sebelum ini yang merasakan The Experts memiliki kualiti produksi yang tinggi dengan jalan cerita universal.

“Peluang sebegini pastinya menjadi pemangkin buat kami serta pengkarya seni tanah air untuk terus mempersembahkan naskhah-naskhah hebat dari Malaysia kepada penonton di seluruh dunia,” katanya.

Filem The Experts lakonan mantap Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin dan ramai lagi masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Filem arahan Andre Chiew dan Nazim Shah mengisahkan lima adik-beradik yang sebelum ini menghentikan kegiatan merompak tetapi dipaksa kembali bersatu atas satu ancaman.

Dalam keadaan itu, mereka masih terbayangi dendam lama yang berasal dari tragedi keluarga mereka.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *