Sukan

Kejutan: Faisal Halim Hadir di Piala FA Meski Dalam Pemulihan Selepas Serangan Asid

Faisal muncul di tempat duduk penonton di Stadium Majlis Bandara Raya Petaling Jaya (MBPJ) menjelang sepak mula Piala FA di antara Selangor dan Negeri Sembilan pada Sabtu. Gambar: Stadium Astro

Tonggak utama Selangor FC (SFC), Faisal Halim dilihat berada di tempat duduk penonton di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum perlawanan Piala FA antara Selangor dan Negeri Sembilan pada Sabtu.

Faisal yang masih menjalani pemulihan akibat disimbah asid sebelum ini buat julung kalinya muncul sambil ditemani keluarganya yang turun menyaksikan perlawanan membabitkan Gergasi Merah yang mengintai slot ke suku akhir.

Bapanya, Halim Saad turut berdiri bersama-sama barisan kesebelasan utama ketika menyanyikan Lagu Negaraku.

Bapa kepada seorang anak lelaki itu membuat kemunculan pertama di khalayak ramai selepas sidang media dua hari lalu di Selangor Training Centre di Shah Alam.

Pada 5 Mei yang lalu, Faisal Halim mengalami kecederaan serius tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas diserang dengan asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.

Beliau terpaksa menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

Related posts
Sukan

Terengganu FC Gagal Layak Ke Separuh Akhir ACC 2024/25 Selepas Kalah Kepada BG Pathum United

Safawi Rasid (kanan) meledak gol pada minit ke-93 dan menjaringkan gol kedua peribadinya selepas…
Read more
Sukan

Kemalangan di SIC: Jorge Martin Alami Patah Tangan dan Kaki

Jorge Martin terjatuh akibat hilang kawalan jentera semasa Ujian Pramusim MotoGP 2025 di Litar…
Read more
Sukan

Rashford Sertai Aston Villa Secara Pinjaman Hingga Akhir Musim

Rashford yang digugurkan daripada skuad United pada Disember pernah menjelaskan bahawa mahukan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *