Global

Atlet Palestin Tetap Semangat Hadapi Cabaran Sukan Olimpik

Jibril Rajoub menegaskan keazaman para atlet Palestin untuk menyertai kejohanan berkenaan meskipun berdepan kesukaran. Gambar: AP

Presiden IOC, Thomas Bach menghubungi Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin dan Pengerusi Olimpik Palestin, Jibril Rajoub pada hari Isnin untuk membincangkan persediaan atlet-atlet mereka untuk menyertai Sukan Olimpik di Paris bulan depan.

Rajoub menegaskan semangat dan tekad atlet-atlet Palestin untuk mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut walaupun menghadapi cabaran yang besar, seperti dilaporkan oleh Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).

Atlet-atlet yang dijangka akan menyertai Sukan Olimpik terpaksa menjalani latihan di luar Palestin akibat keadaan tegang di Gaza yang disebabkan oleh penindasan berterusan Israel.

Rajoub turut memberi taklimat kepada Bach mengenai pencabulan terhadap hak sukan Palestin oleh Israel, selain pelanggaran yang dilakukan oleh beberapa atlet Israel dan institusi sukan rasminya.

Beliau berkata Olimpik Palestin akan menyediakan laporan lengkap kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang mendokumentasikan semua pelanggaran itu.

Sementara itu, Bach menyuarakan hasrat agar atlet Palestin termasuk dari Gaza dapat menyertai Sukan Olimpik bersama-sama atlet lain di seluruh dunia.

Beliau turut menyatakan sokongannya kepada atlet Palestin di tengah-tengah kesukaran yang dihadapi.

Sumber: BERNAMA

Related posts
SukanGlobal

KIM KARDASHIAN CURI PERHATIAN DI F1 SINGAPURA, HADIR SOKONG LEWIS HAMILTON

– Reuters – Selebriti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian, menjadi perhatian…
Read more
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *