Hiburan

Legenda Rock Malaysia Amy Search dan Ella Sempurnakan Ibadah Haji

Amy bersama isteri, Norhasniza serta Ella dan suami, Azhar Ghazali. Gambar: Instagram Amy Search/Ella

Dua legenda rock Malaysia, Datuk Amy Search dan Ella telah selamat menunaikan ibadah haji tahun ini. Mereka mengumumkan berita tersebut melalui pos di akaun Instagram rasmi masing-masing pada hari Isnin.

Amy atau dengan nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 66, menunaikan ibadah Rukun Islam kelima itu bersama isterinya, Norhasniza Hassan, manakala Ella, 56, pula bersama suaminya, Azhar Ghazali.

“Wukuf hari teristimewa buat bidadariku. Ini hadiah terindah daripada ALLAH SWT buat mu Hajah Nor, hari panggilan yang dinantikan dan lebih istimewa kerana hari wukuf jatuh di hari lahirmu. Begitulah aturan Allah SWT. Kita wukuf bersama di hari terindah ini 9 Zulhijjah 1445 bersamaan 15 Jun 2024. Semoga kita mendapat haji mabrur. Selamat hari lahir hajah Nor Hasniza Hassan,” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Isnin.

Sementara itu, Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminudin turut mengucapkan rasa syukur kerana berjaya sempurnakan sebahagian daripada Rukun Haji bersama suaminya.

“Ella juga sempat abadikan momen sewaktu wukuf di Arafah dengan curahan doa yang baik buat anda semua agar jadi sebahagian dari kenangan manis buat memori kita bersama,” ujarnya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *