Hiburan

Pelakon Veteran Kamaruldzaman Bakar Kritikal Akibat Kanser Paru-paru

Kamal disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat selepas dua minggu dimaksukkan ke ICU Hospital Melaka. Gambar: Sinar Harian

Pelakon veteran, Kamaruldzaman Bakar, 62 tahun kini dalam keadaan kritikal selepas dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka disebabkan kanser paru-paru tahap empat.

Berita ini disampaikan oleh anak beliau yang juga seorang pelakon, Muhammad Hanis Kamaruldzaman, 35 tahun melalui hantaran di Facebook pada Sabtu.

“Assalamualaikum semua, ayah saya Kamaruldzaman Bakar (Kamal Bakar) sedang nazak,” katanya.

Pada 3 Jun lalu, Kamal telah dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keluarganya bimbang dengan perubahan sikap termasuk keadaan kesihatan yang semakin merosot ditunjukkan oleh aktor tersebut.

Susulan itu, Kamal dilapor telah ditidurkan akibat komplikasi paru-paru dan kekurangan oksigen.

Kamal kemudian disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat selepas dua minggu dimaksukkan ke ICU hospital berkenaan.

Kamal telah memulakan kerjaya lakonan sejak era 1970-an dengan membintangi pelbagai drama dan filem seperti Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar serta Ratu Teh Pin.

Sumber: Sinar Harian

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *