Hiburan

Elak Nasib Seperti P. Ramlee, FDAM Ingatkan Pengarah Jaga Kesihatan

Afdlin berharap program seperti ini dapat dianjurkan oleh semua persatuan dalam industri kreatif. Gambar: Sinar Harian

Tidak mahu peristiwa pahit yang menimpa Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang meninggal dunia akibat serangan jantung berulang. Oleh itu, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggesa ahlinya untuk lebih memberi perhatian kepada kesihatan diri daripada terlalu fokus bekerja.

Pengerusi FDAM, Datuk Afdlin Shauki, menyatakan bahawa kebanyakan pengarah tidak mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kesihatan jantung dan sering kali pekerjaan sebagai penggerak karya memaksa mereka bekerja hingga ke tahap maksimum.

“Saya akui kesedaran jantung dalam kalangan ahli-ahli FDAM agak rendah kerana bukan kita bebal tapi ingat kita kebal.

“Kita menjadi leka dengan rutin dan perbuatan lazim sehingga tidak peka dengan simptom yang menjadi penyebab serangan jantung.

“Kita bekerja tidak mengikut jam yang ditetapkan badan kita, selalu paksa diri ke tahap maksimum. Saya kenal kawan-kawan saya kerana perangai saya pun sama seperti merokok dan mengambil kafein terlalu banyak,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan itu berpendapat, setiap pengarah perlu mementingkan kesihatan untuk memastikan karya mereka kekal lestari dengan karya-karya yang dihasilkan.

“Buat mereka yang masih ingat, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Semuanya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Masa untuk semua ini berubah. Kita harus selari dengan karya-karya kita dan pada masa sama jagalah kesihatan terutama penggerak kehidupan iaitu jantung. Hanya dengan ini kita kekal lestari dengan karya-karya kita,” ujarnya.

Atas faktor itu, FDAM mengambil inisiatif menganjurkan Hari Karya Lestari FDAM 2024 dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) yang bertujuan memberi kesedaran mengenai kesihatan jantung terhadap penggiat seni.

Program tersebut berlangsung seharian dihadiri 100 ahli juga menggabungkan elemen riadah, acara berjalan santai dan pendedahan simptom penyakit jantung.

Mereka yang mengambil bahagian pada program itu turut berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk jantung secara percuma.

Afdlin menyatakan bahawa FDAM turut menyasarkan acara itu pada masa akan datang untuk keseluruhan industri kreatif.

“FDAM mengalukan rakan-rakan kami dari persatuan-persatuan seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan banyak lagi untuk bertemu kami mengadakan kerjasama untuk penganjuran yang sama,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *