Umum

Rapid Mobiliti Sediakan Kadar Tambang Baharu RM7 Mulai 15 Julai

Kadar tambang baharu itu lebih murah dan berpatutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan selaras dengan peningkatan kos sara hidup. Gambar: Rapid KL

Kadar tambang baharu untuk perkhidmatan Rapid Mobiliti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kini diselaraskan kepada RM7 bagi setiap tempahan seorang penumpang OKU dan pengiring bermula 15 Julai ini.

Muhammad Yazurin Sallij, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) menyatakan bahawa kadar tambang yang baru lebih murah dan sesuai dengan kenaikan kos sara hidup, mempertimbangkan mutu perkhidmatan yang disediakan.

“Perkhidmatan Rapid Mobiliti yang kini berwajah baharu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR0 yang dijalankan oleh Rapid Bus.

“Dengan van yang telah diubah suai iaitu menggunakan lif hidraulik, kami akan pastikan golongan sasaran khususnya komuniti berkerusi roda dapat bergerak dengan lebih selesa seperti orang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rapid Mobiliti adalah perkhidmatan pengangkutan eksklusif pintu-ke-pintu yang telah memulakan operasinya pada tahun 2011 di Kuala Lumpur dan 2016 di Pulau Pinang. Sebelum ini, Rapid Kuala Lumpur menetapkan caj sebanyak RM5 untuk setiap penumpang setiap perjalanan manakala Rapid Pulau Pinang menawarkan kadar tetap RM6 serta tambahan RM0.20 untuk setiap 100 meter atau 21 saat.

Perkhidmatan ini meliputi kawasan-kawasan seperti Shah Alam, Kajang, Seri Kembangan, Cheras, Subang Jaya, Petaling Jaya, Ampang dan Selayang di Lembah Klang, sementara di Pulau Pinang, Rapid Mobiliti hanya tersedia untuk kawasan di bahagian pulau.

Muhammad Yazurin Sallij, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) menyatakan bahawa penyelarasan baharu tambang perkhidmatan ini diharapkan memberi faedah kepada penumpang sedia ada dan juga dapat menarik komuniti yang menggunakan kerusi roda untuk menggunakan perkhidmatan ini pada masa akan datang.

Selain itu, seiring dengan pengenalan kadar tambang baharu ini, beliau turut mengumumkan bahawa Rapid Bus memperkenalkan kaedah pembayaran tanpa tunai dengan menggunakan pengimbasan kod QR (Quick Response) yang dipaparkan di dalam kenderaan.

“Penumpang masih boleh membayar dengan tunai sekiranya mereka tidak mempunyai kemudahan kod QR tersebut,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan itu boleh layari laman media sosial Rapid KL @myrapid (Facebook) dan @myrapidkl (Instagram) atau Rapid Penang @rapidpgfans (Facebook) dan @myrapidpg (Instagram).

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *