Viral

Lonely Planet: Pulau Pinang Tempat Kedua Terbaik di Asia Tenggara untuk Pengembara Solo

George Town dipenuhi dengan khazanah rumah kedai dan rumah klan sebelum perang yang berpadu dengan kafe dan pemandangan seni jalanan.

Portal pelancongan terkenal, Lonely Planet telah menamakan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada dua destinasi terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo dengan menekankan keunggulan pulau tersebut dalam makanan jalanan yang pelbagai dan budaya tempatan yang kreatif.

Di laman webnya, Lonely Planet menyebut bahawa George Town yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipenuhi dengan khazanah rumah kedai dan rumah klan zaman dahulu yang bercampur dengan kafe dan pemandangan seni jalanan.

Ia turut menyatakan bahawa lokasi tersebut dipenuhi dengan peniaga jalanan di mana pengembara solo boleh menikmati hidangan bajet serendah RM10 di gerai-gerai terkenal di Lorong Baru, Lebuh Kimberly dan Lebuh Chulia.

“Selain daripada campuran pengaruh Melayu, Cina dan India, budaya Peranakan juga terserlah di bandar ini dengan sebuah muzium dan hotel seperti Cheong Fatt Sze dan Edison George Town yang mempamerkan reka bentuknya yang rumit.

“Bagi pelawat solo yang menyukai penemuan di jalanan secara kebetulan, bandar ini memberi ganjaran dengan kejutan yang menarik (dan lazat),” menurut laman web tersebut.

Singapura mendahului senarai diikuti oleh Pulau Pinang, Danang di Vietnam, Siem Reap di Kemboja, Bangkok di Thailand, Hanoi di Vietnam dan Bali di Indonesia.

Mengenai perkara ini, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai telah mengucapkan tahniah kepada Pulau Pinang kerana berjaya meraih tempat kedua dalam senarai tersebut.

Related posts
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
ViralUmum

RITA RUDAINI KONGSI PENGALAMAN ANAK BERDEPAN ISU BULI DI ASRAMA

Pelakon Rita Rudaini berkongsi pengalamannya berhubung isu buli selepas mendakwa anaknya pernah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *