Hiburan

Astro Radio Umum Barisan Penyampai Baharu untuk HITZ, LITE dan MIX

Astro Radio mengumumkan barisan penyampai radio baharu untuk stesen radio berbahasa Inggeris, termasuk HITZ, LITE dan MIX.

Astro Radio telah mengumumkan barisan penyampai radio baharu untuk stesen radio bahasa Inggeris seperti HITZ, LITE dan MIX. Kesemua penyampai ini mempunyai gabungan personaliti yang hebat, menjanjikan pengalaman radio yang menarik untuk segmen pagi setiap stesen.

Untuk segmen pagi HITZ dikenali sebagai HITZ Morning Crew akan menampilkan Anne, Arnold dan Prem.

HITZ boleh didengari di frekuensi 92.9 FM sentiasa menyediakan muzik, hiburan dan perbincangan menarik yang pasti akan menceriakan hari anda.

Sementara itu, segmen pagi MIX, dikenali sebagai MIX Breakfast Show dikendalikan oleh pasangan yang serasi dan optimis, Aishah dan RD. Rancangan pagi MIX menawarkan bual bicara yang menarik dan menghiburkan serta memberikan kesegaran yang unik kepada pendengar.

Untuk stesen radio LITE, segmen paginya ialah LITE Breakfast Show bersama Terry dan Sharifah Aleya yang sudah tidak asing lagi dalam dunia radio. Kedua-dua personaliti ini sangat berpengalaman dalam penyiaran radio dan menjanjikan topik-topik menarik serta bersahaja.

Pengarah Astro Radio, Priya Prabakaran menyatakan keyakinan bahawa rancangan sarapan pagi bahasa Inggeris di bawah kendaliannya akan terus kukuh dan berbakat.

“Mereka adalah suara yang dipercayai oleh orang ramai kerana sentiasa menyampaikan kandungan terbaik untuk pendengar Malaysia setiap hari.

“ Ia antara Dan sebabnya kami dengan bangganya memegang kedudukan teratas sebagai rangkaian radio No 1 di Malaysia,” katanya.

Astro Radio terus komited untuk menyampaikan kandungan yang berkualiti tinggi dan menghiburkan untuk semua.

Rancangan sarapan pagi yang diperbaharui ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk berinovasi dan menyediakan pengalaman radio terbaik.

Ikuti HITZ, MIX, dan LITE di platform rasmi media sosial untuk cerita terkini dan kandungan eksklusif.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *