Hiburan

Janna Nick Teruja Ganding Bersama Che Puan Sarimah di TikTok Awards

Pelakon dan pengacara, Janna Nick telah meluahkan rasa teruja apabila bakal digandingkan bersama Che Puan Sarimah di TikTok Awards yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ketika dihubungi pihak media, Janna, nama lengkapnya Nurul Jannah Muner memaklumkan bahawa dia telah dilamar untuk menjadi hos dua bulan sebelum anugerah tersebut.

Mengakui tanggungjawab kali ini sedikit berbeza, Janna berkata dia telah membuat persiapan yang rapi untuk mengendalikan acara tersebut.

“Saya teruja dan gembira kerana diberi kepercayaan untuk mengendalikan acara berskala besar ini. TikTok Awards sangat berbeza dengan anugerah dan program hiburan yang lain, jadi persiapannya pun berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, aktres berusia 29 tahun tersebut juga berasa berdebar untuk mengacarakan TikTok Awards bersama Che Puan Sarimah, namun dia mengharapkan yang terbaik pada malam anugerah tersebut.

“Sudah semestinya saya rasa gementar sebab dia adalah seorang pengacara lagenda. Tapi saya tidak sabar untuk mempelajari ilmu pengacaraan daripadanya. Saya harap kami berdua dapat memberikan kerjasama yang baik untuk menghiburkan penonton yang hadir dan di rumah,” tambahnya.

Pelantun lagu “Mungkin Saja” tersebut turut berpendapat bahawa TikTok Awards adalah platform terbaik untuk menghargai pencipta kandungan yang telah bersusah payah menghasilkan konten mereka.

“Anugerah ini sangat bagus kerana menjadi pencipta kandungan tidaklah mudah. Dalam masa yang sama, TikTok Awards mengutamakan penilaian dari segi kualiti konten dan yang memberi inspirasi kepada penonton. Ianya secara tidak langsung akan memberi semangat kepada ramai pengguna TikTok untuk mula mencipta video yang menghiburkan tetapi memberi manfaat.”

Untuk info, TikTok Awards tahun ini mengangkat tema ‘Realisasikan Impianmu (Celebrating New Dreams)’.

Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024 atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.

TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *