Hiburan

Instagram Kini Benarkan 20 Gambar Dalam Satu Pos!

Langkah ini membolehkan pengguna berkongsi dan menyimpan lebih banyak gambar mengenai sesuatu perkara atau peristiwa melalui Instagram.

Instagram kini mengemas kini ciri perkongsian gambar mereka, membolehkan pengguna berkongsi sehingga 20 gambar dalam satu pos berbanding hanya 10 gambar sebelum ini.

Dengan penambahan ini, pengguna dapat berkongsi dan menyimpan lebih banyak gambar mengenai sesuatu perkara atau peristiwa melalui Instagram.

Ciri baharu ini juga memudahkan anda mengajak rakan atau keluarga untuk berkolaborasi dalam satu perkongsian, membolehkan setiap orang berkongsi lebih banyak gambar.

Instagram akan melancarkan ciri ini secara berperingkat kepada semua pengguna mulai hari ini.

Sebagai perbandingan, TikTok membenarkan perkongsian sehingga 35 gambar dalam satu pos melalui aplikasinya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *