
Peminat pencuci mulut viral pasti akan teruja dengan resepi Kunafa Coklat yang bukan sahaja sedap tetapi juga meleleh apabila dimakan.
Kunafa yang berasal dari perkataan Arab “ka-na-fa,” bermaksud rahmat adalah pencuci mulut keju yang popular di Tanah Arab.
Secara tradisinya, Kunafa memerlukan lebih satu jam untuk dipanggang sebelum siap dihidang dan disiram dengan air gula untuk menambah keenakan rasanya.
Ramai yang mengubah suai resepi ini mengikut kreativiti masing-masing seperti resepi Kunafa Coklat. JOM CUBA!
Bahan-bahan:
- 2 genggam kunafa dough
- ½ cawan butter cair
- Cheese mozarella atau cheese akawi
- Chocolate spread
- Susu full cream
- Pistachio powder
Cara-cara:
- Campurkan doh kunafa dengan butter cair dalam mangkuk, kemudian bahagi kepada dua bahagian.
- Sapu butter pada dulang aluminium dan letakkan satu bahagian adunan kunafa diikuti dengan keju dan kemudian lapisan satu lagi bahagian adunan kunafa.
- Bakar dalam oven pada suhu 180ºC selama 20 minit.
- Sementara menunggu kunafa siap dibakar, sediakan sos coklat dengan mencampurkan chocolate spread dan susu full cream dalam mangkuk.
- Setelah kunafa siap dibakar, tuangkan sos coklat di atasnya dan taburkan serbuk pistachio. Hidangkan dan nikmati!
Dengan resepi Kunafa Coklat ini, anda boleh menyiapkan pencuci mulut yang sedap dengan cepat tanpa proses yang rumit.
Jika tiada serbuk pistachio, anda boleh menghias dengan bahan lain seperti krim, aising, gula hiasan, gula manik, sprinkle, bijirin, kacang dan banyak lagi.
Selain itu, sos coklat boleh digantikan dengan sos lain seperti strawberi, karamel, hazelnut, matcha dan sebagainya.
Jangan tunggu lagi untuk mencuba resepi Kunafa Coklat yang viral ini. Saya yakin keluarga anda pasti akan memuji kelazatannya. Selamat mencuba!