Resipi

Resepi Viral: Korean Chicken Wing yang Pedas dan Sedap!

Hidangan viral yang pasti membuatkan anda ketagih!

Resepi viral merujuk kepada resepi yang telah menerima banyak suka dan kongsi, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Resepi-resepi ini biasanya memanfaatkan resipi biasa yang diubahsuai menjadi luar biasa, menjadikannya cepat popular dan viral!

Oleh itu, hari ini saya akan kongsikan satu resipi yang viral dan mudah untuk disediakan iaitu Korean Chicken Wing. Resepi ini amat sesuai sebagai hidangan pembuka selera atau snek.

Ia menggabungkan kepak ayam dengan sos Korea yang terkenal dengan kepedasannya namun tetap sedap, terutama apabila dipadankan dengan kepak ayam. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan Utama

  • ½ kilo kepak ayam
  • 3 ulas bawang putih dan ½ inci halia (tumbuk lumat dan perap dengan ayam)

Kaedah

  1. Goreng kepak ayam dengan tepung bestari dan ketepikan.

Bahan Sos Korea

  • 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 3 sudu cili powder (dibancuh dengan setengah cawan air)
  • 2 sudu sos Korea
  • 1 ½ sudu cuka
  • 1 sudu gula perang
  • 1 ½ sudu madu
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  1. Tumis bawang putih hingga garing, kemudian masukkan pes cili.
  2. Setelah pes cili naik minyak, tambah sos Korea.
  3. Kacau seketika, lalu tambahkan cuka, gula perang, madu dan sedikit garam.
  4. Biarkan sejuk seketika sebelum memasukkan kepak ayam yang telah digoreng.
  5. Hiaskan dengan bijan yang telah disangai.

Siap untuk dinikmati!

Related posts
Resipi

Resepi Viral Puri Sambal Sardin: Mudah dan Sedap!

Puri Sambal Sardin yang menarik, siap untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi ini menjadi viral…
Read more
Resipi

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api: Alternatif Sedap dan Jimat!

Hidangan telur dadar masak lemak cili api yang pedas dan beraroma dimasak dengan santan dan…
Read more
Resipi

Kubis Gulung Kukus: Alternatif Diet Lazat dan Sihat

Sajian diet tinggi protein, disertakan dengan sos tiram dan kicap cair yang memikat. Ramai yang…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *