Hiburan

Aafiyah Buat Penampilan Pertama: Main Keyboard dalam Konsert Siti Nurhaliza

Siti Aafiyah tampil menyertai persembahan Siti dengan memainkan keyboard dalam lagu “Nadi.”

Penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mengharapkan anak-anaknya mengikuti jejak langkahnya dalam dunia nyanyian.

Malah, Siti secara terbuka mengakui bahawa suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa juga agak ragu untuk membenarkan anak perempuan sulung mereka, Siti Aafiyah menjadi penyanyi.

“Apa saja pilihan kerjaya dia pada masa depan, sebagai ibu bapa, saya dan suami akan pantau.

“Kalau betul dia ada bakat, kami mahu dia salurkan bakat itu dengan cara terbaik seperti belajar muzik. Kalau dia (cenderung) ke arah mencipta lagu, itu tidak mengapa,” katanya ketika ditemui selepas konsert Siti Nurhaliza: Cinta Di Awan, Sabtu lalu.

Dalam konsert itu, Siti Aafiyah buat pertama kalinya tampil menyertai persembahan Siti dengan bermain keyboard menerusi lagu “Nadi.”

Menurut Siti, minat Aafiyah kini lebih tertumpu pada bermain alat muzik manakala adiknya, Muhammad Afwa, 3, lebih gemar menyanyi.

Selain penampilan Aafiyah dan Afwa, Siti juga mengundang anak saudaranya, Ummi Umairah untuk berduet dalam konsert tersebut.

Mereka mempersembahkan lagu berbahasa Mandarin, “Zheng Fu,” serta sebuah lagu Inggeris, “You Are The Reason.”

Siti menyatakan bahawa beliau ingin memberikan peluang kepada Umairah, 13, khususnya setelah kemenangannya di World Championship of Performing Arts (WCOPA) di California bulan lalu.

“Sebelum ini, ada sedikit risau nak ketengahkan Umai, bimbang pandangan orang kerana dia anak saudara.

“Tetapi sekarang Umai sudah buktikan bakat dan kemampuannya, dia berhak dapat peluang untuk lebih dikenali dan dihargai,” katanya lagi.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *