
Penyanyi rap terkenal, Snoop Dogg dilaporkan memiliki harta bernilai RM715 juta tetapi itu tidak menghalangnya untuk terus meraih pendapatan lumayan sebagai wartawan khas di Sukan Olimpik Paris.
Menurut laporan The Independent, penyanyi yang terkenal dengan lagu “Drop It Like It’s Hot” ini menerima bayaran sebanyak RM2.3 juta sehari daripada NBC.
Dogg menarik perhatian ramai dengan gaya ulasannya yang lucu sepanjang temasya sukan terbesar dunia ini berlangsung.
Dalam satu hantaran di X, McNamara mendedahkan bahawa Snoop Dogg dibayar sebanyak AS$500,000 (kira-kira RM2.3 juta) sehari, termasuk perbelanjaan tambahan.
Ini bermakna, sepanjang 16 hari Olimpik, pemilik nama sebenar Calvin Cordozar Broadus Jr. ini meraih kira-kira AS$8 juta (sekitar RM37 juta).
Walaupun begitu, bagi sesetengah peminat, bayaran itu dianggap berbaloi kerana Snoop Dogg tampil cemerlang dengan gaya yang unik di setiap kemunculannya.