Hiburan

Nora Ariffin Dakwa Lafaz Cerai Dr Rushdi Dipaksa

Nora mendakwa suaminya, Dr Rushdi Ramli melafazkan cerai tanpa kerelaan hati.

Penyanyi terkenal tempatan, Datuk Nora Ariffin mendakwa bahawa lafaz cerai oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli dibuat tanpa kerelaan.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu “Dendam Dalam Diam” ini, Rushdi dipaksa untuk melafazkan talak dan diminta merakamkan video sebagai bukti.

“Ustaz (suami) dipaksa ceraikan saya tanpa sebarang sebab dan diminta ambil video sebagai bukti supaya semua orang tahu,” katanya.

Nora, 51 tahun memilih untuk berdiam diri apabila ditanya tentang siapa individu yang didakwa memaksa bekas suaminya berbuat demikian.

Pada masa yang sama, Nora tidak menyalahkan Rushdi atas perpisahan yang berlaku.

“Ustaz tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya iaitu melepaskan saya tanpa sebab dan merakam video sebagai bukti.

“Saya tergamam tidak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” katanya dalam hantaran InstaStory di akaun Instagram peribadinya sambil menyertakan emoji tangan sedang berdoa.

Semalam, Nora mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi video di akaun Instagramnya yang menunjukkan dirinya diceraikan oleh Rushdi yang juga Pensyarah Kanan di Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya.

Penyanyi tersebut, bagaimanapun, tidak memberikan butiran lanjut mengenai perceraian itu, sebaliknya meluahkan rasa syukur atas apa yang berlaku.

Nora dan Rushdi berkahwin pada tahun 2021 dalam sebuah majlis tertutup. Rushdi merupakan sahabat karib suami pertama Nora, Allahyarham Johan Nawawi.

Nora dan Johan berkahwin pada tahun 1992 dan dikurniakan empat orang anak. Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

Pada 13 Disember 2019, Nora juga kehilangan anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang berusia 20 tahun.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *