Resipi

Cuba Resipi Crab Rangoon Ini: Crispy di Luar, Lezat di Dalam!

Crab rangoon yang garing dan keemasan.

Sebut sahaja resipi, pasti banyak yang viral di laman media sosial, dikongsikan oleh ramai orang. Ada yang menjadi dan ada juga yang tidak. Baru-baru ini, resipi crab rangoon telah viral di TikTok dengan berjuta-juta tontonan.

Oleh itu, berikut adalah resipi crab rangoon yang anda boleh cuba kerana ianya sangat sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Tengok sahaja pun sudah terliur!

BAHAN-BAHAN:

  • Cream Cheese
  • Crabstick
  • Daun Bawang
  • Bawang Putih
  • Minyak Bijan
  • Garam
  • Kulit Wantan

CARA-CARA:

  1. Potong bawang putih, daun bawang dan isi ketam sehingga halus.
  2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam bekas dan gaul bersama cream cheese. Tambahkan sedikit garam.
  3. Ambil kulit wantan dan letakkan inti yang telah digaul tadi ke atasnya. Bentukkan mengikut kesesuaian.
  4. Goreng kulit wantan dalam minyak panas sehingga berwarna keemasan.
  5. Siap! Hidangkan bersama sos cili.

SELAMAT MENCUBA!


Related posts
Resipi

Resepi Viral Puri Sambal Sardin: Mudah dan Sedap!

Puri Sambal Sardin yang menarik, siap untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi ini menjadi viral…
Read more
Resipi

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api: Alternatif Sedap dan Jimat!

Hidangan telur dadar masak lemak cili api yang pedas dan beraroma dimasak dengan santan dan…
Read more
Resipi

Kubis Gulung Kukus: Alternatif Diet Lazat dan Sihat

Sajian diet tinggi protein, disertakan dengan sos tiram dan kicap cair yang memikat. Ramai yang…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *