Hiburan

Pelakon Lagenda Perancis, Alain Delon Meninggal Dunia pada Usia 88 Tahun

Sepanjang kariernya, mendiang telah tampil dalam lebih daripada 90 filem.

Pelakon Perancis Alain Delon yang telah menawan hati jutaan peminat filem dengan peranannya sebagai pembunuh upahan dan penjenayah pada zaman kegemilangannya dilaporkan meninggal dunia tengah malam tadi.

Media Perancis melaporkan bahawa pemergian aktor berusia 88 tahun itu disahkan oleh anaknya dalam satu kenyataan, dipercayai akibat masalah kesihatan.

“Beliau meninggal dunia dengan tenang di rumahnya dekat Douchy, dikelilingi oleh ketiga-tiga anak dan keluarganya,” menurut kenyataan tersebut.

Bintang yang terkenal dengan watak dalam filem klasik ‘Purple Noon’ (1960) dan ‘Le Samurai’ (1967) itu telah mengalami masalah kesihatan yang serius sejak diserang angin ahmar pada tahun 2019.

Delon yang bermata biru, kadangkala digelar sebagai “Frank Sinatra Perancis” kerana penampilannya yang tampan.

Dia membintangi filem-filem popular pada tahun 1960-an seperti The Leopard dan Rocco and His Brothers.

Sepanjang kariernya, mendiang muncul dalam lebih daripada 90 filem.

Related posts
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more
Hiburan

DR FIE EX KEPADA PENYANYI NUBHAN SAH BERTUNANG, PILIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI HINGGA AKAD NIKAH

Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau Dr Fie, mengesahkan dirinya sudah bertunang selepas berkongsi…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KONGSI BAHAGIA, KENDURI RAKYAT DI MUAR DAN KOTA KINABALU

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal berkongsi kebahagiaan perkahwinan mereka…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *