
Penyampai radio terkenal, Ray terus melanjutkan kerjayanya dalam industri penyiaran dengan bergabung dengan keluarga Radio SINAR.
Ray yang nama sebenar Shah Reza Mohd Shah akan mengendalikan segmen terkenal “Pagi Di Sinar” bersama Jep dan Rahim.
Trio ini dijangka membawa pembaharuan dan menambahkan variasi kepada segmen pagi yang popular.
Pengurus Saluran SINAR, Raja Nadia Salwana menyatakan bahawa Ray memiliki pengalaman yang luas dalam bidang penyiaran radio dan akan memberikan sumbangan yang berharga.
“Ray juga mahir dalam selok belok pengendalian segmen pagi radio sewaktu ketika dahulu dilihat mampu membimbing rakan penyampai yang lain.
“Keserasian lebih menjurus kepada Ray selepas beberapa nama yang telah kami senarai pendek ketika proses pemilihan,” jelas beliau.
Menurutnya, nama Ray juga sudah terkenal dalam kalangan pendengar Astro Radio yang mencari informasi terkini dengan gaya santai.
Dengan gabungan unik Jep, Rahim dan Ray, segmen “Pagi Di Sinar” akan terus memeriahkan pagi pendengar dengan humor, informasi dan perbincangan menarik yang pasti akan memberikan impak positif.
Jangan lepaskan peluang untuk mendengar “Pagi Di Sinar” setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi hanya di SINAR.