
Resipi tanghulu mungkin kurang dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu dan India tetapi ia merupakan manisan kegemaran dalam budaya Cina.
Tanghulu adalah buah segar yang dilapisi dengan sirap gula yang dimasak. Teksturnya sangat rangup apabila digigit, pasti memikat peminat snek manis. Jom cuba!
RESEPI TANGHULU SALUT BUAH ANTI-GAGAL
Bahan-bahan salutan gula:
- 2 cawan gula
- 1 cawan air
- 1/2 cawan gula jagung (corn syrup)
Bahan-bahan lain:
- Strawberry
- Anggur
- Bekas berisi ais dan sedikit air
- Baking paper
- Lidi sate
Cara-cara:
- Cuci strawberry dan anggur dengan garam dan air sehingga bersih.
- Keringkan kedua-dua buah dengan tisu dapur atau kain bersih hingga benar-benar kering.
- Cucuk buah-buahan dengan lidi sate. Anda boleh memilih untuk mengasingkan buah strawberry dan anggur atau menggabungkannya mengikut citarasa. Biarkan seketika semasa anda menyediakan salutan gula.
- Dalam periuk, satukan gula, air dan corn syrup. Hidupkan api dan masak hingga gula larut dan campuran mendidih tanpa perlu dikacau.
- Celupkan buah yang telah dicucuk dalam salutan gula, kemudian celupkan dalam mangkuk berisi air dan ais.
- Biarkan seketika dalam air ais sehingga salutan gula mengeras dan melekat pada buah.
- Tanghulu sedia dinikmati!
Selamat mencuba!