Hiburan

Nabila Razali dan Ibu Didenda RM480, Harap Insiden Jadi Pengajaran

Nabila berharap agar kesalahan tersebut tidak diperbesarkan.

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf atas empat pertuduhan yang melibatkan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang tamat tempoh serta tanpa perlindungan insurans pada Januari lalu.

Menurut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan tersebut dengan LKM yang telah tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans pihak ketiga.

Akibatnya, Nabila, 31, atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman, 58, dikenakan denda sebanyak RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka pada hari Selasa.

“Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.”

“Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS),” jelasnya dalam satu kenyataan.

Memohon agar kesalahan tersebut tidak diberi perhatian berlebihan, bintang Bawah Payung Awan itu berharap insiden yang berlaku dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.

“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf,” katanya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *