Hiburan

FFM33 Kembalikan Anugerah Dokumentari Terbaik Selepas Lima Tahun

Sidang media Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) diadakan di Kompleks Studio Merdeka Finas, Kuala Lumpur pada hari Selasa.

Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) akan mengembalikan kategori ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ selepas lima tahun tiada dalam senarai pertandingan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata kategori tersebut dikembalikan kerana kerajaan mahu menghargai dan memartabatkan filem di Malaysia.

“Tahun ini, FFM33 akan menampilkan 30 anugerah yang merangkumi pelbagai kategori. Finas juga ingin mengumumkan bahawa Anugerah Dokumentari Terbaik akan dipertandingkan semula kerana ini merupakan langkah Kerajaan menghargai dan memartabatkan pelbagai genre dan bentuk karya dalam industri perfileman dan memperkayakan spektrum sinema Malaysia,” katanya.

Penyertaan pertandingan

Selain itu, beliau turut mengumumkan cara penyertaan akan dipertandingkan.

“Dari segi penyertaan, saya difahamkan lebih 100 buah filem yang diterbitkan dari 1 Oktober 2022 hingga 30 Jun 2024 layak untuk menyertai pertandingan pada tahun ini.

“Ia merupakan lanjutan apabila festival filem tidak diadakan pada tahun 2023,” ulasnya ketika berlangsung sidang media pertama Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) di Komplek Studio Merdeka Finas, Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain trofi dan hadiah wang tunai, pemenang kategori ‘Anugerah Filem Terbaik’ akan menerima dana sebanyak RM500,000 sebagai sokongan dalam pembuatan filem di Malaysia.

Tema Festival Filem Malaysia

Dalam perkembangan lain, Azmir juga berkongsi mengenai tema Malam Kemuncak FFM33 yang akan diadakan pada 7 Disember 2024 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri.

“Untuk edisi yang ke-33 ini, FFM hadir dengan tema ‘EMAS,’ yang merupakan singkatan bagi Evolusi Sinema Malaysia. Tema ini dipilih di mana ’emas’ melambangkan sesuatu yang bernilai tinggi, berkualiti, dan memberikan impak yang besar, ciri-ciri yang kita impikan untuk setiap karya perfileman tempatan.

“Di bawah tema ini, kita tidak hanya meraikan karya seni yang cemerlang, tetapi juga mendorong para penggiat seni untuk terus menghasilkan filem yang mempunyai nilai komersial dan artistik yang unggul.

“Pengisian festival tahun ini dirancang dengan lebih teliti, bagi memastikan setiap program yang dianjurkan memberi manfaat maksimum kepada semua yang terlibat.

“Dari sesi perbincangan industri hingga kepada forum-forum kreatif, semua aktiviti ini akan diakhiri dengan Malam Anugerah yang bakal menjadi kemuncak kepada festival ini pada 7 Disember ini,” ujarnya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *