
Bukan lagi desas-desus, sebaliknya berita mengenai keretakan rumah tangga pasangan popular Hollywood, Jennifer Lopez dan suaminya, Ben Affleck kini mencapai penghujungnya.
Lopez (55) yang lebih dikenali sebagai J Lo dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Affleck (51) pada Selasa di Mahkamah Tinggi Los Angeles.
Penyanyi dan pelakon tersebut menyatakan tarikh perpisahan mereka pada 26 April lalu walaupun permohonan perceraian dibuat pada Selasa (20 Ogos) yang kebetulan juga ulang tahun kedua perkahwinan mereka.
Portal hiburan The Hollywood Reporter telah menghubungi wakil Affleck dan Lopez untuk mengesahkan berita perceraian ini. TMZ menjadi portal pertama yang melaporkan berita tersebut.