Hiburan

Siti Saleha Tekankan Kepentingan Keselamatan Peribadi di Media Sosial

Siti Saleha mengakui bahawa dia sentiasa berhati-hati dalam berkongsi perkara peribadi.

Aktres kacukan, Siti Saleha mengakui bahawa dia kini lebih berhati-hati dan peka dalam berkongsi sebarang aktiviti di media sosial, terutama semasa sesi siaran langsung.

Menurut Siti Saleha Mohd Baharum, sesi siaran langsung boleh mendedahkan individu kepada risiko yang tidak dijangka.

“Saya rasa bila anda buat siaran langsung, orang boleh tahu keberadaan anda.

“Atas sebab itu, saya jarang buat siaran langsung dan kongsi keadaan persekitaran rumah saya.

“Kita kena bijaklah berkongsi aktiviti di media sosial,” katanya.

Saleha, 34, mengungkapkan perkara tersebut semasa ditemui pada majlis pelancaran drama siri terbaharu lakonannya, The Secret yang akan ditayangkan di platform penstriman Viu.

Selain Saleha, siri berkenaan turut dibintangi Remy Ishak, Sara Mack Lubis, Ellyza Azizi, Ucop, Nadiya Nisaa, Amir Nafis, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Menyedari situasi semasa dan kadar jenayah yang tinggi baik di dalam mahupun luar negara, Saleha menyatakan bahawa setiap individu perlu peka dengan persekitaran mereka dan tidak mudah alpa.

Menurutnya, adalah penting untuk berhati-hati apabila berada di luar dan tidak berdiam diri jika menjadi mangsa jenayah.

“Sedih bila baca berita semasa. Apa yang boleh saya katakan bila berada di luar kena beringat. Kalau tahu tempat yang dituju tidak selamat, elakkan.

“Walaupun pun saya ada asas Muay Thai, bila ke mana-mana saya akan ditemani pengurus atau kawan-kawan. Cuma kalau beli barang dapur atau isi minyak, saya tidak kisah buat sendiri, yang penting buat pada waktu siang.

“Apa yang penting, sekiranya jadi mangsa jenayah, laporkan… tidak kiralah anda perempuan atau lelaki. Jangan diamkan diri kerana kelak akan mengganggu kesihatan mental,” ujarnya.

Related posts
Hiburan

GURAU DUA TAHUN SUDAH KAHWIN, MEERQEEN BUAT AMELIA TERKEJUT SEBELUM JELAS KISAH DALAM DRAMA

– Studio Sembang Foto – Pelakon Meerqeen mencuit hati penonton apabila berseloroh…
Read more
Hiburan

ANWAR PUJI PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA, GEMA BUMANTARA HIMPUN 63,000 PENONTON

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ PERTAHAN BELLA ASTILLAH, TOLAK TANGGAPAN ‘TIDAK SEKUFU’

– Foto Astro – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *