Viral

J.Lo Langkah Seterusnya: Hapuskan Nama Affleck Selepas Perceraian

J.Lo dikatakan berhasrat untuk menghapuskan nama Affleck yang digunakannya sejak mereka berkahwin pada Julai 2022.

Jennifer Lopez secara rasmi telah memfailkan perceraian dengan suaminya, Ben Affleck pada 20 Ogos lalu.

Kini, J.Lo dikatakan sedang mengambil langkah seterusnya dengan berhasrat untuk menghapuskan nama Affleck yang digunakannya selepas perkahwinan mereka pada Julai 2022.

“Dia kembali mahu menggunakan nama Lopez, bukan lagi Jennifer Lynn Affleck,” lapor Today.com.

Ironi penyanyi tersebut pernah dikritik kerana menukar namanya kepada Jennifer Lynn Affleck selepas berkahwin dengan aktor tersebut.

Namun J.Lo dalam satu temu bual tidak lama dahulu mengaku bangga untuk menggunakan nama suami dan berasa ia bukan sesuatu yang perlu menjadi masalah.

“Khalayak akan tetap memanggil saya sebagai Jennifer Lopez. Tapi nama rasmi saya adalah Mrs. Affleck kerana kami telah menjadi ‘satu’.

“Kami suami dan isteri. Saya bangga memakai namanya dan rasa ia bukan satu masalah,” ujarnya.

Sebelumnya, media melaporkan bahawa pasangan yang sempat berkahwin selama dua tahun itu juga tidak mempunyai kontrak pra dan selepas perkahwinan yang biasanya dilakukan oleh pasangan di Hollywood.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *