
Penyanyi era 70-an, M. Rizal telah meninggal dunia di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor akibat ulser perut. Allahyarham yang bernama sebenar Mohd Razali Hashim, berusia 71 tahun merupakan Juara Bintang RTM 1978.
Dilahirkan pada 19 Julai 1953, penyanyi yang berasal dari Teluk Intan, Perak ini pernah menghasilkan tiga album studio. Antara lagu-lagu popularnya termasuk “Abang Beca,” “Hatiku Menangis Keranamu,” dan “Usah Kau Rayu Padanya.”
Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Emas, Skudai pada jam 10 pagi tadi. Allahyarham meninggalkan isteri, Salmah Musa, 74 serta lima anak dan 11 cucu.